warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

LAWATAN TAPAK DAN PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN RANCANGAN MALAYSIA  

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Pengkalan Chepa – YBhg. Dato’ Mohd Sallehhuddin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan bersama-sama YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan & Pembangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hadir ke lawatan tapak cadangan dan pemantauan pelaksanaan projek pembangunan yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Rancangan Malaysia.
 
Delegasi dari JPM ini disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus bersama-sama Pengurus Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa Kumpulan, Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman dan Pengurus Khidmat Teknikal Kumpulan, Wan Haidar Amni Wan Mansor yang turut serta membuat pemantauan di 18 unit Kilang IKS Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa yang dibina menggunakan peruntukkan RMKe-11. 
 
Selain itu, rombongan turut dibawa meninjau tapak projek Cadangan Membina dan Menyiapkan 13 unit Kilang IKS Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, dan Cadangan Membina dan Menyiapkan Medan Selera 1 Tingkat di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa yang sedang dalam pertimbangan kerajaan untuk dibina melalui RMKe-12. 
 
Projek-projek pembangunan sebegini menjadi keutamaan PKINK bagi membantu para usahawan Kelantan yang berpotensi untuk meningkatkan dan mengembangkan lagi perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa. Seterusnya membuka peluang kepada usahawan dan pelabur untuk bekerjasama mengembangkan ekonomi di negeri ini.
PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink@pkink.gov.my

Kaunter Pelawat

Today1083
Yesterday1389
This week9542
This month28895
Total211603

2020-09-26

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      
  • Kemaskini Terakhir - 23 September 2020, 18:13:51.
© Copyright 2019 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Menu Offcanvas