warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

PKINK Sumbang Bantuan Kewangan Kepada PAPISMA Kelantan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

KOTA BHARU 14 Mei: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Yayasan Iktisad Darulnaim menyalurkan bantuan tunai kepada Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Kelantan sebagai tanda sokongan terhadap usaha melawan penularan wabak COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata sumbangan ini bertujuan membantu pihak PAPISMA menyediakan peralatan perlindungan diri untuk kegunaan para petugas di hospital dan klinik kesihatan.

“Sumbangan ini adalah satu usaha yang dilaksanakan oleh PKINK untuk turut sama membantu menangani wabak tersebut,” katanya.

Beliau menjelaskan, usaha ini juga menjadi tanda penghargaan PKINK kepada kerajaan, petugas barisan hadapan, badan bukan kerajaan (NGO) serta semua pihak yang terlibat mengekang pandemik ini.

“PKINK amat menghargai inisiatif PAPISMA dalam memastikan kebajikan petugas barisan hadapan terjaga dan terhindar dari jangkitan virus ini,” katanya.

Sumbangan itu diserahkan kepada Pengerusi PAPISMA Kelantan, Dr. Tengku Ahmad Damitri Al- Astani Tengku Din di Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat), Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PKINK, Ahmad Nazri Ismail dan Setiausaha Kerja PAPISMA Kelantan, Ahmad Syakir Mohamad.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink@pkink.gov.my

Kaunter Pelawat

Today296
Yesterday463
This week3760
This month17321
Total138285

2020-05-31

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      
© Copyright 2019 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Menu Offcanvas