warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

KOTA BHARU 13 Okt : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota Perbadanan. Majlis yang diadakan di Bilik Operasi, Bangunan PKINK bertujuan untuk meraikan persaraan dan mengenang jasa Rahmat Hassan, jawatan terakhir di PKINK adalah sebagai Penolong Jurutera Gred JA38, Mohd Asiff Mohd Idris, jawatan terakhir di PKINK adalah sebagai Pembantu Tadbir Gred N26 dan Mohd Zali Mat, jawatan terakhir di PKINK adalah sebagai Pembantu Tadbir Gred N26.

Majlis yang disambut suasana sederhana tapi penuh pengertian itu dimeriahkan dengan ucapan ringkas yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab. Aziz Yunus. Di majlis tersebut juga, Mohd Asiff yang mewakili pesara menyampaikan ucapan ringkas dan mendoakan kejayaan PKINK.

Beliau juga turut berkongsi sedikit sebanyak mengenai pengalaman kerja di PKINK. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata persaraan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat) PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan dan Pembangunan) PKINK, Mohamad Nasriff Daud, Pengurus-pengurus Kanan Kumpulan dan Pengurus-pengurus Bahagian.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU 6 Okt : Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPK) dan Era Intermerge Sdn Bhd (EISB) menandatangani perjanjian bagi pembangunan industri papan lapis di Kelantan.

Jalinan kerjasama ini adalah hasil memorandum persefahaman yang telah ditandatangani di antara KPK dan Western India Plywood Limited (WIP) pada Julai lalu.

Perjanjian terbabit telah ditandatangani oleh Ahli Lembaga Pengarah KPK, Dato’ Hassan Mohamood dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Korporat) Kumpulan PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman bagi pihak KPK bersama Dato’ Ibrahim Jaafar, Ahli Lembaga Pengarah EISB.

Turut hadir, Lembaga Pengarah KPK, Mohd Radhi Cu Abdullah dan Ahlaami Ab Halim, wakil WIP, P.K Mayan Mohamad dan T.M Bava, Pengurus Besar KPK, Nor Azuwan Saleh serta Pengurusan Kumpulan PKINK.

Melalui projek pembangunan ini, Daerah Dabong bakal menerima limpahan aktiviti ekonomi dan akan membuka peluang pekerjaan baharu kepada penduduk setempat.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU 26 Sept : Kelstone Sdn Bhd (KSB) dan ASCII Line Sdn Bhd (ALSB) membuktikan bahawa syarikat milik Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) adalah berdaya saing dan daya maju apabila berjaya memperolehi penarafan lima bintang selepas menunjukkan prestasi paling cemerlang sepanjang tahun 2018.

Kelstone adalah sebuah syarikat yang berperanan membangunkan industri berasaskan sumber mineral manakala ASCII Line pula berperanan sebagai syarikat yang bertanggungjawab membina dan menyelenggara tapak-tapak serta struktur Menara telekomunikasi milik Infra Quest Sdn Bhd (IQSB) di negeri ini mengatasi 21 lagi anak syarikat Kumpulan PKINK apabila mendapat penilaian tertinggi dalam 9 kriteria yang dinilai terutama aspek keupayaan menjana keuntungan dan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, penarafan bintang sejak 2013 dilaksanakan bertujuan memberi motivasi kepada anak-anak syarikat supaya melakukan yang terbaik dalam bidang masing-masing.

“Selain meneruskan transformasi Syarikat Anak, pengurusan Perbadanan turut merakyatkan ekonomi ummah dan meningkatkan penjanaan hasil, keuntungan dan aliran tunai Kumpulan PKINK.

“Perbadanan juga turut memberi fokus kepada tiga Teras Utama dalam mengukuhkan kembali kedudukan kewangan Kumpulan PKINK untuk Separuh Tahun Ke 2 bagi tahun 2019,” katanya ketika berucap di Majlis Anugerah Penarafan Bintang Syarikat Anak Kumpulan PKINK dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Kumpulan PKINK 2018 di sini tengahari tadi.

Selain Kelstone dan ASCII Line, sebuah lagi anak syarikat PKINK iaitu Infra Quest Sdn Bhd (IQSB) turut diiktiraf sebagai antara tiga yang terbaik apabila mendapat penarafan empat bintang.

Kesemua penerima penarafan bintang masing-masing menerima wang tunai RM5000 dan RM2000 beserta sijil dan plak penghargaan.

Pada majlis itu juga, seramai 39 orang anggota ibu pejabat PKINK dan anak-anak syarikat menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atas prestasi mereka sepanjang 2018 dan kesemua penerima membawa pulang wang tunai RM1,000 serta sijil.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah PKINK, Dato’ Ahmad Yakob.

Turut hadir, Lembaga Pengarah PKINK, Dato’ Hanifa Ahmad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Korporat) Kumpulan, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Kumpulan, Mohamad Nasriff Daud

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU 16 Sept – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengambil bahagian dalam perbarisan sempena sambutan Hari Malaysia 2019 bertempat di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV, di sini pagi tadi.

Kontinjen PKINK seramai 24 orang bersama 62 kontinjen yang lain telah sama-sama memeriahkan Sambutan Hari Malaysia yang bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 9.30 pagi.

Majlis Sambutan Hari Malaysia ini dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha (Pengurusan) Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Tengku Azmi Tengku Jaafar yang mewakili Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus.

Sambutan Hari Malaysia 2019 ini menjadi medan terbaik untuk rakyat Malaysia menzahirkan perasaan cintakan negara serta mewujudkan suasana perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU 15 Sept : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) turut menyemarakkan sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke-62 dan Hari Malaysia 2019 dengan menganjurkan program bagi meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan warga kerja PKINK.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, sebagai penjawat awam kita seharusnya meneladani semangat juang wira-wira kemerdekaan terdahulu demi menjadikan negara kita Malaysia sebagai sebuah negara yang bermaruah serta bersih dari amalan rasuah yang mampu mengagalkan usaha mencapai kemakmuran bersama.

“Kita juga harus mendepani cabaran-cabaran yang akan kita hadapi khususnya dalam mencapai hasrat kerajaan menjadikan negara kita ini sebagai sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.

“Penjawat awam yang diamanahkan sebagai nadi penggerak kejayaan negara, harus bersiap sedia menghadapi masa depan yang mencabar, khususnya dalam menghadapi era globalisasi yang bertunjangkan kepada k-ekonomi, memperkasakan tadbir urus yang telus (good governance) dan sentiasa peka dengan kemajuan ICT. Justeru, semangat kemerdekaan yang sedia sebati dalam jiwa kita perlu disuburkan bagi terus mempertahankan kemerdekaan Negara Malaysia yang kita cintai ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Penghayatan Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-62 Dan Hari Malaysia 2019, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Kumpulan PKINK, Mohamad Nasriff Daud, Pengurus-pengurus Kanan Kumpulan dan Pengurus-pengurus Kumpulan PKINK.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan deklamasi sajak kemerdekaan oleh Timbalan Pengurus Bahagian Audit Dalaman, Zainul Amin Mat Zin dan nyanyian lagu Jalur Gemilang serta bacaan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW oleh semua anggota PKINK yang hadir.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink@pkink.gov.my

Kaunter Pelawat

Today484
Yesterday539
This week484
This month5058
Total13065

2019-10-14

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      
  • Kemaskini Terakhir - 13 October 2019, 14:51:12.
© Copyright 2019 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Please publish modules in offcanvas position.